two is better than one
Ok, ini tiada kena mengena dengan percintaan atau apa-apa lah yang berkaitan dengannya.
Tapi, aku rasa "term" tersebut sesuai untuk mengibaratkan:
daripada kita buat sesuatu itu bersendirian, adalah lebih baik kita bawa teman sebagai pendamping.
Tidak semestinya berdua malah boleh jadi lebih dari dua dan mungkin seumpama sebuah pasukan?
Ya, pasukan atau "team".
Walaupun kita rasa kita boleh lakukannya bersendirian dan tidak mahu menyusahkan orang lain, tetap sedarilah dengan teman atau "team" kita akan jadi lebih kuat.
Aku tidak tahu lah apa yang aku cuba sampaikan ni boleh difahami atau tidak.
Atau, cuma aku yang rasa macam ni?
Aku pun boleh kata diri aku introvert. Seorang yang suka bersendirian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Aku boleh ada perasaan rimas jika bersama dengan sesiapa pun dalam keadaan yang aku mahu aku sendiri.
Adakah itu membuatkan aku tidak suka bergaul dan berkawan?
Tidak.
Aku suka berkawan. Aku sayang kawan-kawan aku. Aku amat menghargai sesiapa pun yang pernah hadir dalam hidup.
Cuma itu lah, aku suka sendiri.
Dalam masa sendiri-sendiri tu lah aku sedar sessuatu, tidak semua perkara aku boleh buat bersendirian. Aku perlu insan-insan bersama aku.
Untuk aku luah segala masalah.
Untuk aku muntahkan segala negatif vibes yang aku terima.
Untuk aku minta mereka menadah telinga dengan cerita dan pendapat aku.
Untuk aku rujuk apa yang perlu aku buat jika buntu.
Untuk aku dapatkan semangat dan dorongan.
Contohnya, roommate aku ni. Nabela. Dia ada walaupun seringkali aku menolak pelawaan bantuan dia dengan berkata "takpe, it's okay, ndapapa, I can handle this, I can do this, I can" Tapi deep inside sebenarnya, aku tidaklah segagah itu. Deep inside aku sebenarnya perlu bantuan, aku perlu sokongan.
Aku akhirnya sedar,
Aku tidak mampu dapat semua di atas tanpa teman atau seseorang yang setia ada di belakang setiap kali rapuhnya langkah aku.
Aku tidak mungkin berjaya menangani kerisaun dan ketakutan dalam diri tanpa ada "team" untuk bantu aku maju dan mengaum gagah (walaupun aku hanyalah gadis tipikal yang ayu dan lemah lembut =P)
Bila aku kenang balik dan toleh belakang, semua ini Allah aturkan aku bertemu dengan orang-orang yang sebenarnya kehadiran mereka dalam hidup bukan untuk persinggahan hello-hi, bye-goodbye sahaja.
Mereka sebenarnya berperanan untuk menjelaskan lagi keupayaan yang aku ada dalam diri. Mereka muncul untuk aku pantulkan diri sendiri berada di mana.
Terima kasih semua yang hadir dalam hidup. Terima kasih!. Sungguh, Tuhan sahaja yang tahu dan Maha Berkuasa membalas jasa baik kalian semua.
TERIMA KASIH!
Comments