Posts

Showing posts from June, 2016

The Big Bad Box Sale Adventure with Azea and Ela | #BigBadWolf Books Fair @ Mines 2, Serdang.

Image
Assalamu'alaikum wbt and hello world! It's 14th Ramdhan! and still breathing fine Alhamdulillah! Aku kena juga update benda ni segera sebelum aku lupa dan mula sibuk untuk hari raya. eh? kekeke. Ok, tersebutlah kisaaaah~.., seorang manusiaaaa~.... bernama Zafiraaaah~,.. ke mines 2 di Serdang sanaaa~ (baca macam baca syair). ugh makin merepek. Kisah bermula dengan melihat di facebook ada orang share pasal Big Bad Wolf. Something yang macam ni lah... Dan aku pun turut share serta like facebook page BBW tersebut. Aku tag geng-geng aku pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 #PBAKL2016 itu hari. Yang ada cerita di SINI . Sebenarnya, masa aku nampak orang share pasal post tu, aku tidak baca habis pun isi kandungan post tu, yang aku tahu BBW akan diadakan pada 27 Mei - 5 Jun. Maksudnya, aku tidak tahu pun yang kalau share akan ada lucky follower akan terpilih. Sampailah dapat notification BBW komen di post yang aku share tu and it sounds like this...

Aku&SEMEKAR: Cerita Ramadhan

Bismillahirrahmannirrahim. Hai. It's ramadhan! Bulan yang paling ditunggu, bulan yang paling dirindu! Kerana apa?, Ramadhan adalah bulan ketenangan, pahala berlipat kali ganda Allah bagi untuk sesiapa yang beramal ibadah Lillahitaala!. Ramdhan aku kali ini jatuh sharp on masa cuti study week bermula which is 6 June 2016. Kolej kediaman aku lengang. Ramai yang balik kampung. Ya lah, siapa yang mahu melepaskan peluang untuk menyambut dan meraikan kedatangan Ramadhan dengan ahli keluarga yang tercinta kan?. Bersahur bersama, berbuka bersama, tarawih bersama, masak bersama. Ah! antara momen paling indah! Bukan aku tidak pernah rasa Ramadhan jatuh masa musim sekolah. Zaman aku tingkatan 1 - 5 ada kelonggaran untuk balik rumah setiap hujung minggu bagi memberi kesempatan kepada pelajar untuk menikmati detik-detik ramadhan dengan keluarga. Masih seronok. Berbuka sama-sama dengan kawan-kawan pun seronok. Dengan juadah berbuka yang agak istimewa. Tempat berbuka yang