The Big Bad Box Sale Adventure with Azea and Ela | #BigBadWolf Books Fair @ Mines 2, Serdang.


Assalamu'alaikum wbt and hello world!

It's 14th Ramdhan! and still breathing fine Alhamdulillah!

Aku kena juga update benda ni segera sebelum aku lupa dan mula sibuk untuk hari raya. eh? kekeke.

Ok, tersebutlah kisaaaah~.., seorang manusiaaaa~.... bernama Zafiraaaah~,.. ke mines 2 di Serdang sanaaa~ (baca macam baca syair). ugh makin merepek.

Kisah bermula dengan melihat di facebook ada orang share pasal Big Bad Wolf. Something yang macam ni lah...


Dan aku pun turut share serta like facebook page BBW tersebut.



Aku tag geng-geng aku pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 #PBAKL2016 itu hari. Yang ada cerita di SINI. Sebenarnya, masa aku nampak orang share pasal post tu, aku tidak baca habis pun isi kandungan post tu, yang aku tahu BBW akan diadakan pada 27 Mei - 5 Jun. Maksudnya, aku tidak tahu pun yang kalau share akan ada lucky follower akan terpilih. Sampailah dapat notification BBW komen di post yang aku share tu and it sounds like this...


And I was like whoaaaaaaa! very unexpected lepastu heboh bagitau dengan familyand friends hahaha. Aku happy bukan main, sampai roommate aku pun tanya "kau dah kenape?" aku pun cerita panjang lebar.. weuhhuuu!. Rezeki Allah penuh kejutan kannnn! Alhamdulillah! Thank you ya Allah!

Since that, aku pun laju laju hantar details aku kepada email yang dia bagi tu. Masa tu juga lah aku rajin betul check email untuk tahu update and macam mana aku mahu claim kotak aku nanti. And yeahhh!



Macam PBAK2016 hari tu juga, aku tidak datang awal-awal BBW tu, aku datang a day before the sales end which was 4 June 2016 (lamanya sudah tapi baru ada masa mahu update pasal ni sob sob). Masa ni musim-musim cuti study week. Jadi, memang free lah.

To make the long story short, aku bawa Azea bersama. Hihi siapa lagi kan?. Mahu bawa yang lain tapi semua tidak free masa tu. Padahal mahu ajak dorang sebab minta tolong isi buku dalam kotak then tolong angkat kotak masa balik nanti kekeke. Tapi ya lah, semua ada komitmen lain aku dan Azea pun redha. Ceh.

Azea and Ela.

kami tidak hanya berdua. Kami juga mungkin tidak akan sampai ke Mines 2 tanpa adanya Mastini dan El! Terima kasih Mas and El sebab sudi jadi tour guide kami sampai ke destinasi kami. 
Yang hujung tu Mastini. Dia ambil nursing di UPM. Mas sangat sweet dan cute :)

berpusing-pusing jugalah kami mencari tempat BBW tu tapi syukur jumpa juga yahu!


Masa masuk BBW Sales tu, Mas and Vel x join sekali sebab dorang ada hal sendiri masa tu. Jadi adventure untuk mencari buku dengan Azea pun bermula!

Ini masa mula-mula dapat kotak weee~

Entah berapa kali round aku dan Azea pusing tempat tu, serius rambang mata lepastu serabut tidak tahu mahu ambil buka yang mana satu. Mostly buku english, of course. Tidak berani ambil buku tebal-tebal sebab risau nanti tidak dibaca hihi..

Mula-mula kami pegi children sections. Cari buku untuk anak buah di rumah. Lepastu cari buku resepi sebab mama pesan. Itu pun ya ampuuun buku resepi dia semua international taste. Western lah, russians cuisine lah apa semua yang sememangnya dapat di agak bukan selera tekak orang asia. Tapi aku ambil juga satu buku masakan yang aku sendiri tidak pasti apa lah saja ingredients yang dia perlukan untu memasak makanan dalam buku tu haihh.


Azea sedang pegang buku resepi tu.


Kenapa kami duduk?. Sebab penat! itu pun kotak tidak penuh lagi ayoooo. Tapi kami gigihkan jua untuk penuhkan sebab rugi kalau tidak padatkan kotak tu dengan buku-buku!. Di sana juga teramat-amat ramai manusia. Seriously, pening kepala haha dengan serabutnya memilih buku lagi.

Berjam-jam juga lah kami dalam tu. Bila kotak penuh, kami pun ready untuk checkout. Seal kotak then aumshree tu ambil gambar aku dan Azea masa angkat kotak yang berisi buku-buku kami tuu. And... paling mengujakan... gambar kami telah di-upload ke page facebook BBW yay! (sebenarnya, aku dan Azea memang berharap BBW upload di page Facebook dorang kikiki).  

kotak tu berat. seriously. Bila ingat balik memang gagahlah aku dan azea angkat kotak tu berdua dari Mines 2 ke KTM Serang. Can you imagine?!.
Masa pegi Mines 2 sama-sama dengan Mastini macam tidak terasa jauh pun, sekali masa balik... Tuhan sahaja yang tahu pahit getir mengangkat kotak itu sampai KTM phewww~



#sisbangga #sishappy #sisdahkenapa?

Big Bad Box Sale!

Kepada yang tidak tahu, Big Bad Wolf Books Sale masa ni, jual buku-buku dorang dengan cara membeli kotak.
Maksudnya di sini, beli sahaja sebuah kotak mereka kemudian isilah buku dalam tu sampai penuh padat mampat yang penting kotak tu boleh ditutup dengan rapi. Amazing betul! aku rasa sangat berbaloi! malah ini memang sale buku tahap gilalah! haha semangat kemainnn~~~~sebab dapat kota free leteww~

Lepas solat Asar dan Maghrib, aku dan azea beransur pulang ke Tg. Malim. Yup, Azea pun ikut sekali balik Tanjong aku weee~ Puasa petama aku bersama Azea weuhuuu! Nanti in shaa Allah aku update lagi blog cerita pasal Azea ke Tangjong Malim yay!

Kami sampai Tg. Malim dalam pukul 12:00AM. Masa mahu sampai Tg.Malim, KTM kosong. Seram juga lah. Bercampur baur perasaan. Ya lah, anak dara keluar tengah-tengah malam ingat bagus kah? *emoji whatsapp marah*
Tapi tetap syukur semuanya selamat. Yakin Allah ada bersama menjaga kan?

In the KTM Serdang > Tg. Malim





Ini dapatan buku dari #BigBadBoxSale yang best-nya dapat kotak free dengan hanya Like and Share!


Kalian tahu apa tidak yang lucky-nya seseorang itu tidak terduga?, tahu kah kalian yang rezeki Allah itu datang dengan penuh kejutan?. Mestilah tahu bahkan mesti ada yang pernah mengalami kejutan-kejutan rancangan Allah yang sungguh tidak pernah disangka datangnya bila. Semua ini menggembirakan hati setiap insan. Ini salah satu bukti kasih sayang Tuhan! :')

Alhamdulillah untuk nikmat kegembiraan ini ya Allah!

So, I'll end The Big Bad Box Sale  Adventure with Azea and Ela  here! 

Thanks for reading this entry!




Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki