Assalamu'alaikum wbt. Salah satu subjek yang aku hadap semester ini adalah Olahraga. Aku bukan wanita bersukan. Aku juga paling tidak aktif dalam sukan masa di sekolah dulu. Masa sekolah dulu, aku tukang bancuh minuman dan sedia makanan saja untuk para atlet rumah sukan aku. Jadikan aku AJK makanan dan sedia peralatan untuk para atlet mahu pun untuk pasukan perbarisan rumah sukan, aku rela. Jangan bagi aku sukan, lagi lagi olahraga. Apa ja sukan aku dulu?, bola jaring tapi tidak pernah jadi wakil sekolah pun haha, paling malas turun latihan tu aku lah. Ugh cukuplah semua kenyataan tu menunjukkan aku ni bukan sport people. Jadi, semester ini aku tiada pilihan, aku tidak suka? aku benci? aku tiada pilihan. Subjek wajib hoi~ Sekarang masuk minggu ke tiga aku datang kelas olahraga. Ok, bukan kelas pun... sebab buat di padang. Mahu tahu?, olahraga best! Berpanas, berlelah tu biasa. Minggu lalu grup aku kena lari 2.4KM bersamaan dengan 6x pusing padang 400m. Nampak m...