Tentang header
amboi tajuk
tidak tahu mahu describe sangat sebab.. ah
malaih la nak cakap banyak.
Tengok jak
la apa yang ada :
Tarrraaaaaaa!
Koleksi
header. Untuk maklumat header yang ada doodle muslimah tu adalah background transparent.
Ada satu untuk si kawan Farhana dan untuk Vivi. Hari tu
saja-saja mahu menunjukkan bakat(lah sangat) dengan farhana lepas aku mengkaji
dan terus meniliti setiap kata-kata orang yang sangat baik hati berkongsi
tutorials yang sangat sangat sangat membantu.
I love technology! Kau mau tahu
pasai pa? cara buat itu, cara buat ini, hanya taip di ruang mesin mencari di
google atau mesin mencari yang lain confirm tidak mengecewakan!, manusia
sekarang semakin caring sebab rela sharing knowledge dengan manusia jagat yang
lainnya (habis la kalau cikgu bm nampak penulisan aku yang tidak mematuhi etika
penulisan bahasa melayu yang betul T.T)
Yang aku
buat ni pun tidak lah cantik sangat pun jika dibandingkan dengan header
mereka-mereka atau mungkin kamu yang membaca buat. Ku akui. Tapi izinkanlah
saya untuk berpuas hati sendiri-sendiri atau syok sendiri dalam kata lain
hihihi =)
Aku
edit-edit itu ini guna PhotoScape bukan photoshop yang canggih seperti yang
kamu pakai tu, aku tidak tahu guna tu, mungkin lain kali aku akan cuba ,mesti
cooooool! Heh?
Aku akan menaik naik taraf blog aku bila berkesempatan, bila ada waktu yang terluang
aku akan merajinkan diri update blog atau baca blog kawan-kawan/ blogwalking
atau baca blog tutorials yang aku mahu cuba dan terus dicuba atau facebooking?.
Saya highlight-kan hanya jika ada kesempatan
dan waktu yang betul-betul terluang.
Eh,
bukan kau cakap pasal header kah tadi?
Ok fine.
Berikut adalah blog tutorial cara buat header background
transparent guna photoscape dan aku cuba dengan bersungguhnya (ayat poyo!)
Dan
blog yang bagi freebies doodle muslimah yang comel-comel dan cantik-cantik juga
berbackground transparent jadi senanglah letak di header yang kita mahu buat
tu.
Coooool
kaaaaaaaaaannnn? Cuba lah, mau harap aku buat tutorials hmmm tidak larat. Aku
baca blog dorang yang buat tutorials pun aku rasa penat apa lagi si empunya
tutorials yo dak?.
Banyak lagi blog-blog tutorials yang aku pernah cuba untuk menghasilkan rupa paras blog aku
yang tidak seberapa ni. Terima kasih dari jauh aku ucapkan kepada mereka,
sebab lepas cuba tutorials diorang aku pandai lupa komen cakap “thank you” =(
so, thank you so much!
Itu sahaja dari saya yang baru tertatih-tatih dalam menegndalikan blog =)
#hari rabu keluar result SPM
weyhh! Doa banyak-banyak. Semoga dipermudahkan#
Amiin.
Comments