Posts

Showing posts from October, 2025

Doa dan karya.

 Assalamualaikum, hai. Kelas aku seawal 7:00 pagi hampir setiap hari. Aku suka kelas pagi, fresh. Murid-muridku masih dengan mindset yang murni. Hari ini, masuk kelas pagi macam biasa. Cuaca redup, cahaya malap untuk menerangi setiap sudut kelas. Lampu dinyalakan untuk membangkitkan semangat melihat anak-anak murid yang aku kira cukup bersedia untuk menadah apa pun pelajaran pagi ini :) Berjalanlah masa dengan pengisian ilmu. Menjadikan aku terharu dan sangat bersyukur atas nikmat mengajar tentang agama kita di waktu pagi. Setiap hari. Ya, nikmat yang menjadikan kelasku sebagai pembuka lembaran pertama dalam diari harian sekolah murid-muridku, setiap hari.  Dalam lembaran pertama itu, dicatat pena dengan kandungan pelajaran tentang Pendidikan Islam :') Bayangkan, pekerjaanmu menuntutmu untuk menyampaikan pengajaran tentang agamamu. Ini nikmat yang tidak diperoleh semua. Di dunia dibayar kerana mengajar Pendidikan Islam, di akhirat pula   dijanjikan p...