Semester 2 yang Mematahkan :(
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, hai.
Semester kedua dalam perjumpaan kedua yang bermula pada :
18 Disember 2023 dan berakhir pada 26 Disember 2023
Memang sejenis manusia yang merasakan mengingat tarikh itu penting hihi.
Masa pertemuan pertama untuk semester dua, kami perlu ke UKM. Tapi untuk pertemuan kedua, kelas online saja dan sudah pun dikhabarkan, semester 3 pertemuan pertama juga akan dibuat secara dalam talian. I'm okay with it. Aku semakin mengenali rentak kelas dalam talian berbanding masa mula-mula dulu. Alhamdulillah.
Semester 2 ini, mencabar lebih dan tidak ku nafikan pengorbanan wang ringgit itu benar. Keluar beratus-ratus malah kalau termasuk tiket flight dan segala accomodations masa pertemuan pertama, mencapai ribuan juga untuk satu semester sahaja. Yuran pula, lain cerita lagi :)
Demikianlah, selagi mampu alhamdulillah, wang bukanlah masalah atau cabaran terbesar. At least, for me. Alhamdulillah.
Cabaran mega untuk semester 2 ini adalah dari segi tugasan yang diberi untuk memenuhi kehendak kursus. Amat memeritkan (ha ayat kalau boleh bagi drama lagi kan? haha). Tapi, percayalah perit-perit pun aku dan kawan-kawan aku gagahi jua untuk hadap dengan gagah walaupun pahit.
Ya lah, mana ada kejayaan yang datang bergolek dan semestinya, tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Kan?.
Antara highlight untuk semester 2 ini adalah,
1. Menganjurkan program bersama Pertubuhan Wanita Berdikari Sabah (PWBS) di Sandakan.
I'm so glad to tell you, it was my very first time to be in Sandakan in my entire life. So, this kind of a plus for me. Sambil menyelam sambil minum air. I just love Sandakan. Jalan dia halus mulus. Coto Makassar nya de' bomb, and the memories were made... priceless!. Lepastu culture shocked kenapa airport boleh jadi sangat sunyi? haha.
Tag nama yang kami buat untuk dipakai semasa program :)
Alhamdulillah, saya masih menggemari perjalanan program ini. Terima kasih semua!
2. Mari-mari Cultural Village.
For another task, yang menjadi asbab kami kena sampai sini. Kalau bukan sebab tugasan, memang tidak merasa kot jejak kaki di sini. It was so interensting and I treasure every single moment in that village.
3. Got to be familiar again with the past softwares I learned while I was in my degree era - Turnitin and SPSS.
I remember when I was so scared of using Tunitin back then sebab takut busted copy and paste bulat-bulat dari internet. Padahal, mahu risaukan apa?, kita memang buat rujukan dari sumber yang kita dapat melalui jurnal-jurnal yang diakses melalui internet juga kan?.
Lagi pun, dulu zaman degree tidak kemaruk shopee sangat sebab sedar diri masih student dan tidak terlintas lagi dalam fikiran yang semua benda orang jual di Shopee termasuklah segala jenis softwares dan aplikasi berbayar.
So, I might say I'm doing better than when I was in my degree life. Lebih confident dan percaya semua persoalan boleh dijawab dengan adanya internet. Segala jenis tutorials berlambak orang share di internet. Life's made easy man! weehu.
4. Banyak buat video :')
5. KP2 the unfriendly friend but I need the most 😭
Kaedah Penyelidikan II is one of the subjects that almost killed me inside out. Over kan? haha memang kalau Zafirah. It's true though. KP2 ni, kandungan pembelajarannya agak payah untuk seorang yang sudah lama meninggalkan istilah-istilah matematik, formula, calculator dan SPSS.
Dia seolah-oleh seperti kawan lama yang datang tiba-tiba bertanya "masih ingat saya?" di saat kau sedang berbahagia dengan kehidupan sendiri tanpanya haha!.
Susah weh. sumpah. Banyak-banyak assignments, yang satu ini juga yang buat aku mempersoalkan tujuan hidup dan mengapakah aku berada di sini?. I feel like quitting pun ada sebab I was like cannot go with this one.
Sambil-sambil buat dan sudah submit semua, aku duduk di satu sudut sepi dan berdoa kepada Allah SWT semoga setidaknya dapatlah markah "lulus" supaya tidak perlulah aku hadap lagi di semester akan datang.
But, to be honest I've learned alot and I'm pretty sure this knowledge that I've gained will be very useful for me in future semesters. In shaa Allah. Tiadalah namanya ilmu yang sia-sia dalam dunia ini. Justeru, bila tahu susah pun, we get ourselves up together and we can face this!.
Doakan saya ya?, oh dengan kawan-kawan saya yang lain juga. We're all work hard for this and we struggle alot with whatever we're dealing in our multi-task world.
In shaa Allah, semoga Allah SWT mempermudahkan kami menyelesaikan tanggungjawab kami dengan penuh amanah dan istiqomah.
and of course, #Pray4Palestine everyday. From the river to the sea, P will be free!
Thank you for reading.
Happy 2024!.
Wassalam.
🍉🤟
#ZafirahwithYoukm
Comments