Posts

Showing posts from December, 2020

Friendship.

Image
  Aku suka flashback cerita pertemuan pertama kali dengan kawan-kawan rapat aku. Apa first impression dorang, apa perkara berlaku yang membolehkan berbunganya persahabatan yang indah-indah itu.  Lepas tu, gelak lah sama-sama sebab ah hingusannya saat itu! hahah. Tapi, itu lah yang menjadikan eratnya kita sekarang kan kawan? Semoga semua kawan-kawan aku yang ada dalam bahtera "friendship" ini,  sentiasa gembira dan kuat semangat mereka menempuhi perjuangan hidup yang dihadapi.  Semoga, bahtera ini dapat berlayar sampai syurga. Amiin. Friendship itu umpamanya aku dan Yanie. Jarang bertemu, jarak memisah, tiada sering berhubung, bertanya khabar tidak selalu tapi guna instinct, kalau terlalu rindu ketuklah notifikasinya biar masing-masing tahu.  Lepastu, ok bye jalanilah hidupmu seperti biasa.  Kerana yakin, di mana pun, apa pun,  persahabatan itu turut sama ada. Setiap masa.