Memori Anak.
Bismillah. Assalamualaikum wbt. Bapa selalu pesan ni masa hantar pegi asrama sambil hulur duit belanja: "Belajar ini adalah perjuangan, teruskan berjuang". Setiap kali hantar ke sekolah dengan pesanan ini. Aku seorang anak yang tidak puas "minta puji" dengan bapa sebab takut bapa, tapi bukan sebab bapa pernah marah pun, malah hubungan kami adik-beradik dengan bapa sangat baik dan mesra. Sebab aku banyak masa di asrama, mungkin. Mahu cakap yang jarang betul aku ada deep conversation dengan bapa. Faktor belum matang juga mungkin. Benda ni aku sesali padahal boleh jak mengada-mengada dengan bapa. Tapi, ish nda sempat :( Aku ingat masa kecil dulu, bapa test aku eja nama sendiri Siti Zafirah atas kertas. Masa tu aku tidak pandai membaca lagi, eja nama sendiri pun tidak pandai masa tu. Apa aku buat?, aku curi-curi tengok nametag aku dengan berhati-hati supaya bapa tidak nampak lepastu tulis atas kertas konon aku berjaya tulis nama sendiri. Bapa pernah masakkan aku maggi...