Selamat Sebulan di Tawau Zafirah!
Assalamualaikum wbt. Hai.
08/07/2020
Cukup sebulan aku di Tawau.
Aku buatlah “random reflections” soal kehidupan yang aku tempuhi di Tawau selama sebulan aku di sini.
Gembira.
Sebab makanan di sini sedap.
I would say, Tawau is like Penang.
Syurga makanan.
Aku sudah makan Burasak, Senggara Peppek, Ayam Palekko, Nasi Kuning, Mee Tauhu, Barobbok, Mango Sago dan Bakso. Wallahi, sedap semuanya!
Eh ada makan Latok juga!
Aku merasalah juga menjejak Semporna menikmati pemandangan lautan birunya di Lato Lato Resort. Bukan pulau, tapi chalet tu atas air. Masih boleh feeling pulau. Aku anggap aku amatur sangat lagi untuk ke Pulau. Tapi kau sabar jap, few months later penuhlah ig feed aku dengan gambar pulau 🤪
Sekolah.
Cikgu-cikgu rakan sekerja aku semua baik-baik, friendly dan welcoming belaka. Best. Aku jak yang pandai awkward sendiri. Wajarlah kan. Baru. Lama lama aku ok lah.
Tapi aku masih dalam fasa clueless sebenarnya. Belum jumpa semua pelajar bersemuka kan?, baru jumpa pelajar form 5. Ya, aku dapat satu kelas Tingkatan 5 disebabkan tenaga guru perlu digandakan, guru baru macam aku pun terlibat mengajar Tingkatan 5.
Kelas online? Or what KPM named it now as PdPJJ, went well I guess?. Tapi masalah semua sekolah sama kot: pelajar tidak participate tha lesson smoothly like how teachers consistently did.
But, it’s understandable. I’ll talk about that in another post in shaa Allah.
So far, school is fine 😍
Cuma aku belum ada official photograph depan gerbang sekolah lagi. Apatah lagi gerbang perkahwinan eh Zafirah kau kenapa? 🤪
Macam mana aku melalui hari-hari aku di sini?
Jujur, aku enjoy betul life aku sini walaupun kalau aku cerita mesti ada yang rasa macam eh lifeless-nya life dia ni😂
Mostly, aku mengisi masa aku dengan menyiapkan persediaan mengajar aku untuk keesokan harinya termasuklah buay RPH segala. Aku biasanya akan balik agak lambat, bergantung dengan kepantasan aku menyiapkan kerja. Aku memang tidak berminat bawa kerja ke rumah sejak bertugas di sini. Sebab di rumah aku mahu buat benda lain pula.
Buat apa?
Mostly, habiskan episod Kdrama aku.
Tengok Youtube, scroll facebook dan ig, tidur kalau rasa bersalah kadang-kadang tu keluar lah juga ke taman depan rumah untuk beriadah. Lepastu akan iron baju kurung dan tudung banyak-banyak sambil tengok kdrama supaya esok esok aku senang hati.
Serius, nampak baju sudah iron dan kerja siap ni sebenarnya a piece of happiness juga sejak kebelakangan ini. Hehe.
Aku rajin juga food hunting dan sangat pandai makan seorang di kedai makan hah aku peduli apa bukan orang Tawau kenal aku pun 👻
See, semua yang aku buat ni spark happiness bagi aku. Even though, apa lah sangat kan?. Tapi serius, I am okay.
Not until I realised something,
Aku lama tidak ketawa. Ketawa bersama manusia.
Ketawa aku oleh hiburan di internet sahaja. Bukanlah bererti aku tidak happy. Tapi, you know that feeling of expressing funny things with somebody is another type of happiness, kan?.
Buat random phone call dengan Yanie. We laughed over silly things we talked. Laugh like literally terbahak-bahak. I suddenly hitted by the reality of how long I haven’t get proper and sincere laugh with human being!
Lepas huha huha dengan Yanie, I cried right after that can you imagine?. Emotionally missing human touch or what we call this?.
Rupanya, Emo.
Sudah lama tidak berinteraksi seikhlasnya dengan sepenuh hati bersama orang-orang yang disayangi.
Memanglah kita ada kemajuan teknologi yang meledak dan memungkinkan pertemuan melalui skrin. Tapi, tetap tidak sama dengan pertemuan empat mata sambil bertepuk-tepuk bahu mendapatkan kekuatan sesama sendiri.
Betul lah, sejauh mana pun kita pergi. Pulanglah kepada fitrah, manusia saling memerlukan.
Overall, I’m having so much fun here that I’m so so so grateful for! Alhamdulillah.
I am now understand, why Tawau.
One of it because, the food is out of this world words can describe. Sedap tolonglah percaya!
Zafirah suka makan. Period.
Tapi, tetap mahu balik Kota Belud juga😭
‘Till next post! Anyeong!
Comments