Zafirah dan Jubah.
Bismillah and assalamualaikum everyone! Grad tahun lepas 2019, update di blog tahun baharu 2020. Busy betul dengan life selepas grad, amboi. Hai semesta alam, lihatlah seorang Zafirah yang teresak-esak menangis 2 minggu straight ditinggalkan keluarga di sebuah Tanjung untuk menuntut ilmu bermula September 2015 kini telah menamatkan pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Segalanya atas kudrat dan iradat Ilahi yang memberikan kekuatan untuk seorang Zafirah ini menamatkan pengajiannya sepanjang 4 tahun di sebuah universiti pendidikan No. 1 negara. UPSI ! * letakkan efek bunga api meletup-letup di sini * Maka dengan itu, entri blog pada kali ini diperkaya dengan gambar seorang Zafirah bersama sepersalinan jubah impian selama 4 tahun penantian bersama menempuhi onak duri sepanjang perjalanan. Jubah graduasi :') **DISCLAIMER: Post ini jauh sekali untuk menunjuk dan memberit...