Sukan Menyatukan Kita Semua #TQCHONGWEI
Assalamualaikum wbt dan hai semuanya! Aku harap bukan aku seorang yang sudah plan cantik-cantik mahu tulis apa dalam blog tapi tetap tidak menulis sebab rasa nanti lah nanti lah.. end up eh bila lagi draf blogpost ni tercipta? haihh perangai. Ok, hari tu hero kita Dato' Lee Chong Wei pemain badminton nombor 1 negara kita telah mengumumkan persaraan beliau pada 13 Jun 2019. Emo betul aku tengok video ucapan DLCW hari tu, DLCW menangis, aku pun ikut menangis. Lepastu, part DLCW ucap thank you Malaysians tu, goosebumps kemain aku. Bangga dan sangat-sangat berterima kasih dengan DLCW sebab mengharumkan nama negara ke persada dunia. Aku memang seorang yang patriotik orangnya. Aku amat mencintai Malaysia termasuklah dalam hal-hal yang membawa nama Malaysia di mata dunia. Sungguh pun demikian, aku bukan seorang yang bermain sukan dan suka melibatkan diri dalam sukan hehehe TAPI, dalam bab menyokong pasukan negara #TeamMalaysia, aku boleh kata aku dalam barisan palin...