Latihan Amali #TeamFurqan di bawah kursus Dakwah dan Pendidikan bhg.2
Assalamualaikum wbt!
Sambung cerita setelah berminggu-minggu berbulan bertangguh yay!
Kami bertolak dari UPSI naik bas. Dalam plan, pukul 6:00AM bas mesti sudah mula bergerak tapi yah, siapa lah kita untuk mencela waktu kan?, kami mula bertolak pukul 7AM sebab mahu tunggu itu tunggu ini, anggkut itu, angkut ini. Ambil masa tapi Pakcik bas yang cool stay cool.
Perjalanan kami mengambil masa dalam 2 jam lebih untuk sampai ke destinasi. Tapi, tidak sampai terus, Kami diberhentikan dari 1/3 perjalanan sebelum sampai ke Kampung yang kami hendak tuju tu.
Bagi meneruskan perjalanan, ada sebuah trak a.k.a lori yang agak besar untuk bawa barang-barang kami termasuk peserta pun ada juga yang turut diangkut bersama dalam trak tu kekeke. Sebahagian naik trak, separuh yang lain naik 4WD.
Kami sampai sekitar 11:30AM kalau aku tidak salah.
Kami sampai ke kampung tersebut, pihak JAKIM dan JAKOA sudah ada di sana masa tu. Sebahagian 4WD tu pihak JAKIM dan JAKOA yang punya.
JAKIM sponsor makanan kami, maksudnya JAKIM sedia bahan mentah untuk kami masak dan ada juga pihak JAKIM sendiri yang tolong masak. Ini aku tidak tipu dan ini sungguh serius, masakan dorang sedap! Petang tu ada seorang Encik tu (tidak ingat nama) teh tarik yang beliau buat sedap! T________T sekarang mahu teh tarik pula rasanya! Kalau aku jumpa dengan encik tu memang aku minta dia buatkan aku teh tarik on the spot! hahaha.
AJK makanan mula start pepare untuk masak makan tengahari. Sementara yang lain, kemas-kemas barang di balai raya(merangkap surau dan tempat buat aktiviti) tu serta buat persiapan untuk solat Zuhur.
KANAK-KANAK AWESOME! <3
Kami juga meneruskan aktiviti yang telah dirancang iaitu ziarah ke rumah penduduk kampung sambil-sambil bagitahu yang kami ada buat program untuk penduduk di situ sekali gus jemput dorang datang untuk menjamu hidangan dan beraktiviti bersama kami :)
Kami juga sebenarnya ada "task" iaitu mencari keluarga angkat dari kalangan penduduk kampung supaya kami dapat merasai sendiri macam mana kehidupan mereka dan setidak-tidaknya kami ada tempat untuk bermalam sepanjang tempoh kami di sana :')
Alhamdulillah, perkampungan tempat kami buat program amali ni semua adalah beragama Islam cuma pengamalan Islam itu sendiri belum cukup ampuh dan kukuh. Sebab tu kami berprogram di sini. Objektifnya itu. Dakwah. Sampaikan.
Selesai pergi rumah ke rumah, penduduk kampung pun beransur datang ke balai raya tersebut. Kami buat taaruf. Kami panggil makcik-makcik tu Amek iaitu bermaksud Emak dan panggil pakcik-pakcik sebagai "Apak" iaitu Bapa dalam bahasa Orang Asli. Sweet kan?
Kami makan petang bersama. Kemudia meneruskan misi mencari keluarga angkat.
Hakikatnya, aku adalah salah seorang yang tidak dapat keluarga angkat sebab rumah penduduk kampung semua full house. Lagi pun, dalam satu rumah mereka tinggal dengan beberapa buah keluarga lagi. Jadi, tidak mahu membebankan dan enggan buat penduduk kampung rasa tidak selesa.
Solat Maghrib dan Isyak bersama.
Aktivit bersama kanak-kanak penduduk kampung. Ajar Solat :)
Lepas program untuk kanak-kanak selesai, penduduk kampung pun beransur bersurai ke rumah masing-masing. Para peserta pula, diadakan postmorterm untuk program hari itu. Seorang-seorang kena bagi respon, kesudahannya memang lambatlah postmorterm tu habis.
Selepas habis postmorterm, peserta yang dapat keluarga angkat, ke rumah keluarga mereka. Siapa yang tidak dapat keluarga angkat, maka berteduhlah di dalam balai raya yang sangat sejuk menggigit dan menusuk tulang rusuk, ketaq baq ang!
Tapi, lena juga ya malam tu. Alhamdulillah survived sampai esok pagi heeeee :)
Itu sahaja serba ringkas pasal bahagian 2 untuk Program Latihan Amali kursus Dakwah dan Pendidikan ini.
In shaa Allah ada masa terluang dan berkesempatan aku tulis lagi.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
Ma'a salamah!
cerita bahagian satu boleh baca di sini : Latihan Amali #TeamFurqan di bawah kursus Dakwah dan Pendidikan bhg.1
Comments