2015 Highlight: #TeamBerkelana2016 Ke USIM Nilai, Negeri Sembilan



Assalamu'alaikum wbt.
hai :)

Hari ni mahu cerita pasal perjalanan aku melawat Azea masa musim exam itu hari.
Yup, aku serius. Masa musim exam.

Kisahnya bermula begini, exam aku mula 29 December 2015 hingga 8 Januari 2016.
3 paper aku direct untuk 3 hari 29-31 Disember dan ada gap yang agak panjang untuk mula 2 lagi paper yang tersisa iaitu pada 8 Januari 2016 (aku kenapa perlu explain semua ni dengan sangat terperinci? haha)

Ok moving on!
Jadi, lepas habis 3 paper terawal tu, aku pun mahu juga la nampak cool macam kawan-kawan yang lain yang mengisi hari hari menunggu exam seterusnya tu dengan jalan-jalan keluar sekejap dari terperap di alam kampus tu. Saya ulangi, keluar SEKEJAP. Bukan selamanya haha.

Ada kawan-kawan yang ke KL untuk membeli belah mahu pun sekadar mencuci mata melihat karenah manusia yang perlbagai di Jalan TAR. SOGO. KL Sentral? dan sebagainya.

Aku pula?, tidak join mereka. Sebab aku ada plan aku sendiri *senyum senget*.

Plan pertama aku mahu ke tempat Yanie di Damansara tapi Yanie kata dorang sedang busy buat assignment  dan  submission just around the corner jadi dia kasihan nanti tiada makna aku datang sebab tidak terlayan. Aku okay-kan saja kemudian keluar  pula idea mahu melawat Azea di USIM dan laju laju bagitahu Azea. Azea pun menyambut luahan perasaan aku tu dengan sangat baik.

Lepas tu, bagitahu mama yang anaknya ini mahu ke Nilai sebab mahu ke tempat Azea. Explain la dengan mama cakap bermalam di rumah Azea satu malam esoknya kami balik kampus. Kira macam 2  hari 1 malam lah di Nilai bersama  Azea masa tu.

Lepas dapat approval dari mama, terus cari geng  siapa mahu dibawa ke USIM untuk jumpa Azea dan  taraaaa~


Ini Shafiqah aka Pika. Pika adalah kawan sekolah Azea masa STPM  dulu. Kawan Azea kini jadi kawan aku yay!.
Shafiqah kata ok masa aku whatsapp dia bagitau  hajat aku tu.  Amazing nya aku cakap jom!terus Pika kata  OK! haa kan tambah teruja aku dibuatnya :D

Maka kami pun bergeraklah ke Nilai pada 3 Januari  2016 (Ahad) menggunakan perkhidmatan KTM yang kini mahal jika tiada kad student KTM itu sobs.



Tg. Malim ke Nilai jauh ya anak-anak. Mereput dalam KTM T_T
Aku dan Pika ada  juga  bawa nota dan buku exam akan datang untuk  dibaca sepanjang perjalanan. Aku bertahan sekejap ja baca buku tu sebab pening lalu aku pun tidurzzzzz~. Boleh aku kata kebanyakan masa  dalam KTM aku  tidur saja okay! pika pula boleh bertahan lama kekeke.

Sampai di stesen Nilai terus disambut oleh Azea dan membawa kami ke rumah kediamannya di situ weee~
Azea bawa kami jalan-jalan sekitar tempat tinggal dia tu. Dia bagitau tempat dia dekat dengan Giant dan Tesco, banyak tempat makan yang dekatsekitar tempat dia  tinggal tu.  Aku dan Pika pula ternganga teruja bila dengar dan nampak kemudahan kehidupan yang Azea ada jika  dibandingkan dengan kami yang hidup di Tanjung sana haha. Orang Tanjung tahulah macam mana. Tapi bukanlah bermaksud aku memperlekehkan daerah  tempat aku belajar tu, aku tetap sayang tau Tanjung tu biar pun nampak menyedihkan jika dibandingkan dengan uni yang lain. Biarlah Tanjung kesayangan aku tu kekal macam tu. Itu buat dia unik dan lebih menjaga kami dari kesibukan bandar macam yang kita sedia tahu keadaannya heeee 

I <3 TANJONG MALIM!
(ehh kenapa macam emo semacam ni? kah!)

Azea bawa kami makan ayam goreng Uncle Jay di Giant.

Malamnya pula Azea bawa pegi Dataran Nilai weeee~

Cukup la bukti yang aku sudah jejak kaki di Dataran Nilai. Masa ni azea buat revision untuk exam dia lusa hari kami datang tu. subjek Sirah Nabawiyyah baq hang.
Sambil-sambil tu makan jajan yang kami beli di Giant tadi tu. Oh, kami juga ditemani oleh Dizah merangkap housemate Azea dan juga kawan sekolah Azea dan Pika dulu.

Dataran Nilai jadi tumpuan orang main Roller Blades. Seronok ja tengok orang orang berdesap desup ke sana sini dengan  roller blades dorang.  Dari sebesar-besar usia manusia ke sekecil-kecil kanak-kanak yang pro main kasut beroda ni. kagum!. tercabar hakak sorang ni nampak adik-adik cinonet pandai main roller blades siap pusing-pusing, berundur swip swap  dengan roller blades mereka T_T

Lepas lepak lepak ilmiah bersama Azea, Pika dan Dizah, kami pun beransur pulang dan tidur.
Esoknya, Azea plan bawa kami jelajah  uni dia. USIM. siapa yang tidak kenal wooo?

4 Januari 2016 (isnin) - Last Day.

kami ke USIM dengan panduan Azea. USIM hebat!cantik!

Azea bawa kami ronda fakulti dia iaitu Fakuti Quran Sunnah kalau aku tidak silap kan Azea?


Dua budak tanjung meneroka USIM.

Lepas habis ronda fakulti Azea, Azea tunjuk pula Fakulti Dizah dan tunjuk lah Fakulti yang kakak-kakak senior  yang kami kenal. Tapi tunjuk ja la. Tidak ronda pun kikiki.

Lepas tu Azea bawa pegi kafe. Saja lah mahu bagi tengok kami suasana USIM macam mana.
aku boleh kata memang amazing USIM, pelajar-pelajarnya  juga! (masuk mode fefeeling jadi pelajar pertukaran haha).

Azea kemudiannya membawa kami ke Perpustakaan USIM weee~
Perpustakaan USIM besar. Meja pun moden. HEBATLAH!



ni Azea sedang briefing apa dengan Pika ni masa ni?

Lagi best perpustakaan USIM ni, ada free mini library depan pintu masuk perpustakaan. Sangat menarik! Azea kata, siapa-siapa ja boleh ambil buku  yang ada dalam tu dan siapa siapa sahaja boleh sumbang buku dalam tu. Memupuk semangat membaca sungguh!.



Dua budak tanjug tadi apa lagi...




yay!  USIM LIBRARY, CHECEKED!

Ini Azea. I bet, ini gambarpertama Azea dengan free mini library ni, kan Azea  kannn?

NEXT, hala tuju  terakhir iaitu....
Jumpa Rosa dan Ayy~

kami ke kolej kediaman dalam USIM untuk bersua muka melepas rindu dengan dua orang ni. Rosa dan Ayy adalah kawan sekolah aku masa STPM dulu, kami sama-samalah menghabiskan tingkatan enam yang awesome itu :))) Mereka berdua  ini juga kawan Azea.

Tapi yang  dapat jumpa dengan Rosa saja sebab Ayy ada hal dan tidak dapat menyertai pertemuan itu. Kami jumpa  Rosa di kafe kolej Rosa sekali makan tengahari di sana lah. Teruja macam apa ja masa terjumpa Rosa, berpeluk tanpa mempedulikan orang  sekeliling. huwaaa rindunya dengan manusia bernama Rosa ni! =')



Rosa, Azea dan  dot dot dot

lepas siap makan, cerita-cerita maka tibalah masa untuk kami bersurai dan kembali ke dunia nyata  haha ayat bukan main.

Sementara tunggu kereta prebet sampai, kami  tunggu di bus stop.  Rosa pun ikut sama tunggu dengan kami:')

so... ambil gambar la puas puas sebelum berpisah ~

pika, ila, rosa

azea, pika
azea dan  pika lagi.


Ila dan Rosa pula.


dan...

kami berempat <3

kereta prebet sampai  dan berpisah lah kami  dengan Rosa.
Azea pula dihentikan di rumah kediamannya dan perjalanan diteruskan ke  stesen KTM Nilai untuk kembali ke Tanjung :)


fuhhh~ tamatlah kisah perjalanan ke USIM. Lain kali jika berpeluang mahu  datang lagi.
Tidak sabar tunggu  lawatan balas Azea dan Rosa ke Tanjung kami pulaaa ;)

Masa on the way  balik dalam KTM terus buat grup  whatsapp  untuk share gambar.Grup itu kemudiannya diberi nama: Team Berkelana 2016

maksudnya, sepanjang 2016  ini akan banyak lagi tempat untuk dikunjungi, in shaa Allah!

Sekian.
ma'a salamah!

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini ! :)


Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki