Cerita Uni Pertama
Assalamu'alaikum wbt! hi everyone~ September > Oktober > November fuwh! genap 2 bulan dalam alam universiti yang dahulunya menjadi idaman dan impian setiap pelajar. Cakap 2 bulan macam lah lama sangat kan? masih baru. tapi kenapa aku rasa lama gilaaa?! hahaha mungkin sebab jarak jauh dari keluarga, lepastu kena urus makan minum sendiri, lepastu urus duit sendiri, kejar masa sendiri, buat kerja sendiri, makan sendiri, study dengan cara sendiri, buat tugasan individu sendiri, ah semua kena handle sendiri! Dulu, makanan terhidang sedia sebab ada makcik dewan makan yang masak, aku hanya perlu turun ke Dewan Makan untuk ambil makanan pada waktu makan yang ditetapkan. Dari sarapan-makan tengahari-minum petang-makan malam-minum malam semua disediakan. Bahagianya saat itu! Adik-adik yang duduk asrama tu, nikmati saat-saat indah anda bersama dewan makan. Nanti tidak merasa lagi makan malam Ayam masak merah, makan tengahari ayam masak kurma + sambal belacan + sayu...