...
Bismillah. Assalamu'alaikum. Terinspirasi untuk menulis. Setelah apa yang sudah aku lalui setakat ini. Aku ceritakan melalui tulisan pendek ini; MASA Kau merungut, mencaci masa kau dicuri Tapi kau lupa, masa itu milik Pencipta Cinta Hakiki Tapi kau lupa, ada mereka yang lagi diuji masa mereka dicuri Kau merungut kenapa? Sedangkan ujian yang kau hadapi tidak menggunung seperti mereka Kau merungut kenapa? Sedangkan rancangan Allah itu tidak pernah buat kau kecewa. ***** SENTAP "kamu boleh bawa lap top kan?" "ya, boleh. Tapi tidak semua yang berkemampuankan?" "....ya." Aku selalu lupa. Alpa. Sebenarnya aku dalam kalangan orang yang mampu tapi selalu merungut. Orang yang mampu pula terus positif. Mereka ini yang memperoleh hakikat kebahagiaan yang sebenar. Allahu ya Rabb. "bahagia itu satu ketenangan. Bila susah tiada gelisah. Bila miskin syukur pada Tuhan. Bila sakit tiada resah di jiwa. ...