Mari berpositif, boleh?
Salam ‘Alaikum!
Hi! Y’all!
*i've changed the title, from "sigh?" to "Mari berpositif, boleh?"
*i've changed the title, from "sigh?" to "Mari berpositif, boleh?"
Aku mula dengar
beberapa kawan aku mengeluarkan suara-suara seperti bosan dengan kehidupan
sebagai pelajar tingkatan enam di sekolah aku sekarang ni
and I was like…
Hey form six
syiok! Apa!!
Tapi tu la lain
orang lain,
Ada yang suka ada
yang tidak.
Ada juga yang
kata, penat hidup sebagai pelajar yang terikat dengan peraturan sekolah dan
asrama yang sangat ketat dan memenatkan, aku penat naik tangga, aku penat sebab
tidak banyak masa rehat, aku penat lepas tu stress perlu rush mengejar masa
setiap hari, aku stress jauh dari family, bla bla blaa
Sampai satu part
yang macam cannot acceptional pun ada seperti,
aku stress dengan
kesibukan dan kemampatan penggunaan waktu tu membuatkan terasa masa berlalu
begitu cepat sampai tiada masa untuk study
eh? Tiada masa
untuk study? apakah yang membuatkan “aku” tu tiada masa untuk study? apa yang “aku”
tu buat sibuk sangat sampai tiada masa study?
pelajar yang lain
pun macam “aku” juga, pakai baju sekolah
juga, kena bangun awal juga, kena buat kerja rumah juga, kena masuk kelas juga,
kena naik turun tangga juga, perlu pegi masjid untuk solat lima waktu berjemaah
juga, kena memberi komitmen dengan aktiviti sekolah dan asrama juga, semua pun
sama juga dengan si “aku”,
apa yang mustahil
sangat dengan rutin harian sebagai pelajar asrama untuk study?
APA??!
Sedangkan,
kita ada masa lebih kurang 7jam lebih berada
di sekolah untuk ikut proses pengajaran dan pembelajaran(PNP), mula dari pagi
sampai tengahari pukul 1.00pm. lepas tu makan, solat semua baru sambung lagi
prep petang pukul 2 sampai la masuk solat asar (bergantung kepada arahan cikgu,
ada masanya kita habis prep sampai jam 4ptg). Untuk malam pula, pun ada prep
juga pukul 8.00pm and something sampai pukul 10pm kadang-kadang sampai 10.30pm
baru kita habis prep malam. Total waktu yang boleh kita study dalam satu hari
adalah lebih kurang 11jam minimum, tolak waktu PNP 4jam sehari kita boleh
studi secara personal jika masa study kita tu kita manfaatkan untuk study
betul-betu dan mungkin akan lebih dari itu.
See,
DI MANA
MUSTAHILNYA UNTUK STUDY ITU? DI MANA?!
Another hours situ kita boleh buat aktiviti
persendirian, solat, dengar ceramah, ber-usrah, attend perjumpaan kelab and
stuff, cuci kain, mandi, seterika baju sekolah, seterika tudung dan baju
kurung, makan, menjemur, tidur.
I only listed aktiviti yang sepatutnya kita
buat, perkara-perkara lain seperti lepak borak2 kosong, online fb, twitter, sms,
tengok movie mahu pun tengok running man, baca novel cinta bagai kita tolak
tepi dulu, kecuali masa untuk komitmen sebagai pengawas sekolah atau asrama
lain cerita lagi la tapi, the point is, jika kita mahu sangat untuk study,
tekad tu sudah ada kita mestila tahu urus masa kita, kita mesti TAHU MENCURI
MASA, dan semestinyalah SCRIFICE NEEDED! Sacrifice waktu tidur, sacrifice waktu
enjoy, Perjuangan dengan pengorbanan itu tidak dapat dipisahkan bukan?
yaa, ada juga mungkin yang akan kata, kalau study di rumah atau d alam uni masa lagi banyak diluangkan dengan study, tidak perlu mencuci baju, iron baju, ikut jadual asrama dan sekolah semua, but hey! pernah terfikir pasal PENGISIAN ROHANI?
dengan menjadi pelajar sekolah berasrama kita dididik dengan dua-dua tuntutan menuntut ilmu dunia dan akhirat, instead of berjaya di dunia insyaa Allah di akhirat pun.
Bukan mau kata pelajar sekolah harian dan pelajar uni tidak mementingkan pengisian rohani, tapi boleh fikirlah kelebihan kita sebagai pelajar berasrama ni, tied up with aktiviti kerohanian, cabaran kita tidak besar untuk mencari ilmu agama tu macam pelajar sekolah harian dan pelajar uni atau poli sebab kita memang PERLU belajar semua tu, bertuahkan kita?!
So, kata kuncinya
TIME MANAGEMENT!
&
SACRIFICE
&
LET FIRST
THING COMES FIRST!
Lepas kita siap
kerja kita, siap homework, habis exam nanti baru kita bagi reward untuk diri
kita buat semua hiburan suka-suka yang kita pernah PAUSE buat dulu tu. Baru,
seronok.
Diriku yang serba
tak sempurna ini bukan mahu mencantas terus aktiviti suka-suka macam tu, boleh
ya bolehhh cuma kita kena tahu dan sentiasa sedar la priority masa kita tu
patut digunakan untuk apa? Untuk STUDY sebab KITA ADALAH PELAJAR. malah aku pun pandai tersasar dan terlalai
juga tapi tu la kita sama-sama memperbaiki diri la kan, kita sama-sama
mengingati antara satu sama lain.
Aku tersangat la mengajak
kamu baca blog Amalina Peter entri bertajuk:
Antara tips time
management sebagai seorang pelajar yang kak Mel bagi dalam blog dia:
"TIME
MANAGEMENT
Cuba tolak masa yang anda gunakan
untuk;
berbual2 kosong
tengok movie kt laptop
tidur siang
main game
tengok tv
dating
Lepak ngan Member
Belajar tipu2*
*Belajar tipu2= selalu aku tgk org
yang belajar, tangan pengang handphone atau bermain facebook, atau lain2 yang
tak membawa manfaat kpd akademik.
Belajar tak fokus langsung, pastu
komplen “aku tak pandai cm kau Mel..” atau “aku takde maselaa..aku nak
belajar”... Memanglaa...kalau kau takde bakat MULTITASKING, FOKUSLA sikit
belajar tu...
(Pppaaakkk!*bunyi
tamparan*, aku terasa)
Lagi?
Soalan
pertama: Have you given the best of you?? Ask yourself. Tengok dalam
cermin, "IS THIS THE BEST OF _____(nama anda)____?"
Adakah
kita masih berasalan, membuang masa, banyak tidur, lemah semangat, cepat putus
asa?
HAVE YOU GIVEN THE BEST OF YOU untuk
mencapai cita-cita?
Anda
boleh compare cara kerja dan cara berfikir orang yg dah berjaya dengan anda.
Tapi jangan compare diri anda personally. Although, in the process of searching
for ourselves, we have to imitate gaya2 orang lain dulu sehingga kita jumpa
diri kita yang sebenar.
Soalan
kedua: bertemakan topik entry ini, "What you do is what you will
get"
So,
apa yang anda buat harini? Are you doing something that is beneficial for your
future? Ataupun tengah tengok TV? Main game? Stalking at facebook? Tengok
drama? Kerja pagi petang untuk gaji tanpa arah tuju?? Mengumpat orang-orang
Herbalife? :p
Terutama sekali bagi mereka yang
suka complain tentang kehidupan. "Gaji sikit." "Boss mcm
****." "Tak best kerja bagi boss kaya." "Kerja overtime
tapi gaji kecik." "Kerja pagi balik pagi." Memang terseksa hidup
mcm tu. Kalau aku kat tempat korang pun aku complain jugak. Tapi dalam
complain-complain tu, carila jalan keluar kerana itu lebih Allah suka daripada
terus duduk merungut.
ARE YOU DOING SOMETHING TO CHANGE YOUR FUTURE RIGHT NOW?"
Am I doing
something to change my future right now?
Sangat inspiring,
sangat membuatkan diriku rasa ditampar-tampar sebab terasa aku dalam kalangan
yang paling membuang masa walaupun aku bukanla seorang pengguna Herbalife huhu tapi tetap suka baca blog Amalina Peter, jadi
kamu bacala ok?
Yes, maybe ada yang
merungut kata, student life is all about tired! Full of depressed! Stress!
Waktu cuti pun dicuri dengan aktiviti dan kerja sekolah yang tidak henti-henti!
Jadi budak sekolah ni boring! Macam budak-budak, pakai baju putih tudung putih
berkasut ikut peraturan sekolah dan asrama yang erghhhhhhh!!
Rasa mau pecah
kepala! And..
Etttt! Hold on
hold on hold on! Guys!
Kenapa terus
menilai melalui negetive side saja? Itu yang jadi stress tu, kita sendiri yang
memilih untuk berfikir yang negatif-negatif, sebenarnya kita sendiri la juga
yang menjemput stress tu, interior protest tu yang buat kita rasa semua hal
yang PERLU KITA BUAT SEBAGAI PELAJAR jadi payah semuanya. Macam-macam jenis
alasan yang akan timbul dibenak otak kita supaya malas belajar,, susah fokus,
mencari helah untuk keluar dari masalah. Ya, masalah. Stress itu masalah, dan
setiap masalah ada penyelesaiannya dan semestinya stress pasti ada
penyelesaiannya. Lari daripada masalah dan menyelesaikan masalah tidak sama.
HUSNUSDZON!
(BERSANGKA BAIK!)
Apa kata kita
nilai dan menerapkan hikmah disebalik apa yang PERLU KITA BUAT SEBAGAI PELAJAR
dari sudut pandangan positif. Let say:
masa padat sampai masa rehat kurang
rasionalnya? supaya kita tidak buang masa dengan borak-borak kosong dengan
kawan2, supaya kita rasa bernilainya masa tu! Betapa tidak bagusnya
buang masa tuuuuu!
homework
berlambak kena bagi waktu cuti, supaya kita tahu juga buka buku masa cuti
memandangkan bila masa cuti sekolah teramatlah sukar mau buka buku dan lebih
rela tidur berjam-jam, tengok tv, online bagai lama sampai study terabai.
banyak tangga yang perlu dinaiki dan dituruni,bikin penat!, janganla fikir penat, cuba fikir yang naik turun tangga tu sebagai riadah, jantung sihat, otot kaki kuat, stamina tinggi atau, anggaplah naik turun tangga yang tinggi tu sabagai training sebelum naik gunung kinabalu hehe ;)
kehidupan asrama
memenatkan sampai tidur setiap hari lewat dan menyebabkan mengantuk dalam kelas,di
sini mungkin rasionalnya supaya kita tahu susun strategi pengurusan masa kita,
do something supaya dapat tidur awal, siapkan semua awal supaya dapat rehat
yang agak lama waktu malam tu, ubah mind set, sebelum tidur lapangkan minda
dulu,nikmati waktu rehat tidur malam tu semaksimum yang mungkin,berlapang
dadalah dengan ketentuan yang berlaku sama kita(muhasabah) then tidur la.
Peraturannya lagi
yang perlu dipatuhi, mana kita mampu lari dari peraturan, peraturan ni boleh
mengawal kita dari macam-macam agenda kehidupan yang lebih kepada membuang masa
di samping mendisiplinkan diri. Come on la kita dididik mematuhi peraturan
walaupun kita buat dalam keadaan terpaksa supaya nila-nilai yang baik tu dapat
diterapkan dalam diri, mungkin tidak secara terus, secara baby step mungkin?
Take it likely la ok? Lagi pun, terikat dengan peraturan sekolah ni tidak lama,
merana setahun bahagia berkurun!
COME ON! ROCK ON
OUR POSITIVE THINKING!
MOTIVASI.
Aku juga seorang
yang suka baca blog Syuhada Zailani sebab sangat inspiring juga macam blog
Amalina Peter, Aisyah Shakira, matluthfi90, Aiman Azlan, Iqbal Syar’I, Dena
Bahrin, Maria Elena, bila baca dan kadang-kadang apa yang diorang tulis tu
memang akan kena dengan situasi yang mostly aku alami walaupun tidak la sama
sangat tapi boleh diaplikasikan la. Lepas baca terus termotivasi dan semangat!
(yang tengah tu kakak yang aku maksudkan)
Aku juga ada
seorang kakak yang bekerjaya sudah berkeluarga, ada dua orang anak tapi masih
belajar. physically memang nampak kakak aku ni macam tiada masa study, mana
perlu urus komitmen keluarga lagi, kerja lagi tapi setiap kali exam tidak
pernah pun dapat result yang menampakkan dia sudah ada komitmen lain selain
belajar. Masih juga mampu dapat result cemerlang,
COMPARE TO
Aku, kita yang
tiada komitmen lain selain belajar ni seharusnya advance la kan dari segi masa
study, tidak perlu fikir masalah wang sebab Alhamdulillah kita masih ada
penjaga yang bagi belanja. Kita tidak perlu fikir makan minum keluarga sebab
kita belum berkeluarga haha tetibakan? Tugas kita sebagai anak dan pelajar ni
Hanya,
BELAJAR!
Tidak perlu fikir
benda lain, study is our priority!
family comes
first!
Allah with us!
Yakin itu!
Itu antara
motivasi yang aku dapat la melalui hobi membaca blog orang dan motivasi dari
persekitaran aku sendiri. Aku juga suka baca kata-kata motivasi dan menghayati
lirik lagu2 semangat. Dan tahu kah anda bahawa Al-Quran pun terdapat baaaanyak
kata-kata motivasi, dan sangat menenangkan, sangat buat kita rasa yang Allah
sayang sangat dengan kita, Allah sangat dekat dengan kita,
(Surah
Al-Baqarah:186)
dan
sungguh, kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh
hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah
Qaf:16)
BANGUN DAN
BANGKITLAH!
Dan
janganlah kamu berasa lemah dan jangan(pula) kamu bersdih hati, sebab kamu
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.
(surah
ali-imran:139)
Allahu rabbi.
Hakikatnya,
kekuatan untuk manage hidup yang hectic itu dari Allah. subhanaAllah.
Saya, dua bulan
enam hari sebagai pelajar tingkatan enam.
Kawan-kawan
seperjuangan aku dua tiga orang satu-satu keluar dari sekolah, maksud aku
berhenti ambil form six tapi sambung pengajian di Uni or Poli di dalam mahupun
luar negara, insyaa Allah itu lah yang terbaik setelah membuat keputusan dan
bermusyawwarah bersama keluarga semua kan?
Belajarlah
dimana-mana pun yang penting niat masa belajar tu kena sentiasa betul.
Belajarlah ilmu
duniawi boleh, tapi ilmu ukhrawi jangan dilupa :)
Ada juga yang
tanya, kau stay di form six, SEMEKAR?
YES!
Entahla, aku
begitu bersemangat untuk cakap YA!
And main reasons
nya adalah:
Aku tidak dapat
UPU mahupun Poli bagai, well its okay aku tidak perlu fikir banyak dalam dilema
memilih,lagi pun after what I’ve been through untuk sekolah sini, tidak
mungkinlah aku senang-senang mau keluar balik kan?
Selain itu, aku
suka pakai baju sekolah, bagi aku set baju seragam sekolah la yang paling kemas
dan paling sopan sempurna tertutup untuk dipakai.
Aku cuba
memperbaiki cara studi aku, aku cuba cara baru seiring niat yang ikhlas untuk
study dengan serius, supaya masa aku belajar tu aku rasa seronok
Aku suka suasa
sekolah, aku suka tengok ramai pelajar yang tekun studi, aku suka tengok
pelar-pelajar yang bertanya dengan guru, aku suka guru-guru mengajar dengan
seronok, masa di sekolah la juga buat aku rasa sangat ingin tahu dan
macam-macam lagi persekitaran yang buat aku mahu belajar rajin-rajin, sebab di
sekolah ramai pelajar yang rajin-rajin dengan tengok mereka yang rajin jadi aku pun akan terikut rajin, law of attraction di situ!.
Aku sangat bersyukur
sebab family aku sangat supportive, kawan-kawan aku semua baik-baik dan
comel-comel tidak pernah putus bagi kata-kata semangat untuk aku STAY dengan
form six, ada masalah stress atau apa-apa bagitau mereka dan mereka seolah-olah ada bersama
masa kita dilanda kemurungan sebab stress belajar and else?
Kita ada Allah,
mengadu dengan Al-Khaliq.
…innallah
ma’ana.
Aku mau payback
kekecewan yang lalu melalui peperiksaan awam dimana semua orang yang tersayang
ternanti-nanti keputusan exam nanti, and cant wait untuk bagi tunjuk result
yang terbaik! Insyaa Allah.
Menjadi penuntut
ilmu dengan ikhlas itu prinsip aku masa study, berusaha untuk menjaga niat
ketika belajar. BELAJAR UNTUK TAHU BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN SEMATA-MATA.
The whole point
is, SEMUA PERLU USAHA.
Ini point of view
aku saja, lain orang lain, boleh jadi ada yang bersetuju dan ada yang tidak
bersetuju, terpulang kepada anda untuk menilai.
All the best!
Wassalam
=)
Comments